Pada 1996, Mubin Sheppard, pengkaji Melayu, menjumpai set gamelan sewaktu melawat Istana Kolam, lantas memohon izin Tengku Ampuan Mariam untuk menghidupkan semula Gamelan Terengganu.
Mak Nang, bekas penari istana melatih penari baru; bekas pemuzik istana, Encik Muhammad Ismail melatih muzik.
Pada 1973, set gamelan di Istana Kolam telah diserahkan kepada kerajaan Pahang dan kini dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang.
Persembahan gamelan boleh diadakan dalam dua bentuk iaitu tarian dan drama yang dipetik daripada repretoire yang sememangnya sudah dicipta sejak dahulu lagi.
Kumpulan gamelan terdiri daripada penari perempuan yang diiringi orkestra yang memainkan alat-alat muzik gamelan.