Kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui.Contohnya,pada peringkat sebutan,ejaan,peristilahan,kosa kata serta tatabahasa dan laras bahasa.Selain itu,kerancuan bahasa juga ialah penggunaan bahasa yang tidak teratur dan mencampuradukkan bahasa,iaitu Bahasa Melayu dengan bahasa lain.Dengan itu,kerancuan bahasa ini dapat dikesan dalam dunia teknologi iaitu media sosial seperti Facebook,Instagram,WhatsApp,Twitter dan Telegram.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kerancuan Bahasa di Media Sosial 1.Pengaruh daripada perkembangan teknologi. 2.Pengaruh bahasa asing. 3.Pengaruh bahasa dialek dan daerah. 4.Terdapat pengguna Bahasa Melayu yang tidak mengetahui sistem bahasa. 5.Pengaruh bahasa ibunda.
1.Kualiti Bahasa Melayu lisan dan tulisan akan merosot. 2.Proses pengintelektualan Bahasa Melayu akan terbantut. 3.Kekeliruan bahasa kepada generasi datang. 4.Persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa. 5.Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat.
Mengadakan kempen kesedaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Badan pemantau bahasa haruslah ditubuhkan atau diberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DPP) agar bertindak mengikut undang-undang sekiranya terdapat kerancuan bahasa berlaku.
Kesimpulannya,kerancuan bahasa sememangnya suatu masalah yang semakin meruncing dalam kalangan pengguna media sosial.Oleh itu,semua pihak haruslah berganding bahu bagi mencari inisiatif untuk mengatasi masalah kerancuan bahasa.Apabila semua pihak bekerjsama sudah tentu kerancuan bahasa ini tidak dapat merencatkan usaha pemerkasaan dan pemartabatan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengucapan budaya tinggi yang berwibawa di Malaysia.