1 of 11

Slide Notes

DownloadGo Live

KERANCUAN BAHASA DALAM MEDIA SOSIAL

Published on Oct 19, 2023

No Description

PRESENTATION OUTLINE

KERANCUAN BAHASA DALAM MEDIA SOSIAL

Kandungan

  • Definisi
  • Faktor dan Hak Asasi
  • Kesan
  • Langkah Mengatasi

Definisi:
1.Kerancuan membawa maksud tidak teratur dan bercampur aduk.
2.Dalam konteks ini, kerancuan bahasa dalam media sosial membawa maksud penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada dari segi sebutan, pilihan kata, atau susunan kata dan ayat. Jelaslah bahawa, isu ini perlu diperhatikan agar tidak merencatkan bahasa Melayu yang sebenar.

Faktor:
1.Faktor penggunaan dialek yang akan menyebabkan seseorang untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan melalui media sosial. Hal ini kerana tidak semua daripada kita mengetahui tentang dialek-dialek yang terdapat di Malaysia. Contohnya, apabila terdapat individu yang berkomunikasi di media sosial dengan dialek Kelantan dan pengguna media sosial yang lain yang tidak mengetahui tentang dialek tersebut akan sukar untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan.

2. Faktor yang seterusnya ialah komen negatif yang dapat menjejaskan hak asasisetiap orang. Hal ini kerana terdapat segelintir daripada masyarakat kita yang gemar memberikan komen negatif seperti hinaan dan makian di media sosial. Tanpa mereka sedari, mereka telah pun menyakitkan hati dan melanggar hak asasi orang lain.

2. Faktor yang seterusnya ialah komen negatif yang dapat menjejaskan hak asasisetiap orang. Hal ini kerana terdapat segelintir daripada masyarakat kita yang gemar memberikan komen negatif seperti hinaan dan makian di media sosial. Tanpa mereka sedari, mereka telah pun menyakitkan hati dan melanggar hak asasi orang lain.

Kesan:
1.Bahasa Melayu akan semakin dilupakan. Hal ini kerana, masyarakat akan menggunakan alasan "sesuatu perubahan akan membawa kemodenan dan kejayaan". Hal ini berpunca daripada masyarakat yang berasa bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang lapuk dan ketinggalan zaman. Akibatnya, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi akan tergugat dan akan menjatuhkan maruah negara.

2.Kesan yang seterusnya ialah nilai bahasa Melayu akan merosot. Perkara ini berpunca daripada sikap masyarakat kita sendiri yang gemar menggunakan bahasa rojak yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Kesannya, bahasa Melayu tidak akan dapat berkembang dan tidap dapat diterapkan kepada generasi muda akan datang.

Langkah:
1.Kempen kesedaran:
Dengan adanya kempen kesedaran, masyarakat kita akan membuka mata mereka akan pentingnya penggunaan bahasa Melayu dan mereka juga akan sedar bahaswa bahasa Melayu seharusnya dimartabatkan semula. Contohnya, pihak berkuasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mengadakan kempen kesedaran seperti "Bahasa Maruahku" agar dapat mendedahkan perbezaan antara bahasa rojak dan bahasa Melayu yang sebenar.

2. Didikan ibu bapa :
Ibu bapa memberi pengaruh yang kuat terutamanya kepada anak-anak mereka. Mengubah pandangan serta persepsi pemikiran anak-anak mereka dengan cara mendidik mereka dari bangku sekolah lagi agar anak-anak mereka dapat membezakan yang mana benar dan sebaliknya.

3. Didikan guru :
Didikan guru disekolah juga memberi impak kepada perkembangan bahasa seseorang. Pandangan seseorang murid dapat diubah dengan memberi dorongan atau didikan kepada pelajarnya agar mereka tahu tentang pentingnya penggunaan bahasa yang betul.