1 of 21

Slide Notes

DownloadGo Live

Kerancuan Bahasa Dalam Media Sosial

Published on Oct 16, 2023

No Description

PRESENTATION OUTLINE

Kerancuan Bahasa Dalam Media Sosial

kumpulan 3; Lee jia vun,Iqbal,Aiman,Dzakwan,Katerina
Photo by Adem AY

Kandungan

  • Pengenalan
  • Jenis-jenis Kerancuan Bahasa
  • Faktor-faktor Kerancuan Bahasa
  • Kesan-kesan Kerancuan Bahasa
  • Langkah-langkah Mengatasi Kerancuan Bahasa
  • Rumusan

Pengenalan

• Kerancuan didefinisikan sebagai suatu keadaan yang rancu atau tidak teratur (Kamus Dewan Edisi Keempat).
• Bahasa pula didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok masyarakat untuk melahirkan perasaan dan fikiran (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
• Oleh itu, Kerancuan bahasa dapat dimaksudkan dengan suatu keadaan di mana penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa seperti bahasa Melayu dicampur aduk dengan bahasa Inggeris atau bahasa lain.

Photo by Angel mat-eye

Jenis-jenis Kerancuan Bahasa

1)Bahasa Rojak

• Bahasa rojak adalah bahasa yang bercampur aduk akibat gabungan dua kata dalam bahasa berbeza digabungkan oleh penuturnya. Misalnya perkataan Melayu digabungkan dengan perkataan Inggeris (Kamus Dewan Edisi Keempat).
• Bahasa rojak sering digunakan dalam perbualan melalui aplikasi media sosial seperti WhatsApp bersama rakan-rakan kerana kebiasaan dan dianggap sesuatu yang boleh dibanggakan kerana menguasai lebih daripada satu bahasa sahaja.
• Contohnya, penggunaan perkataan rojak ialah " awak perlu test dahulu komputer tersebut." Selain itu, " I nak pergi shopping".

Photo by NEOM

2)Bahasa Pasar

• Penggunaan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu atau pertuturan orang Melayu kepada orang bukan Melayu yang tidak menguasainya. Dalam hal ini, terdapat percampuran antara bahasa ibunda penutur dan bahasa kedua yang cuba dilafazkannya ( Kamus Dewan Edisi Keempat).
• Contohnya adalah seperti berikut, "Itu manyak besar punya rumah siapa punya?".
Kata "manyak" merujuk kepada banyak.

Photo by Pia Poulsen

3) Slanga

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga didefinisikan sebagai kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku iaitu biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi.
• Contohnya, perkataan "nilah" dan "tulah". Sepatutnya ialah "inilah" dan "itulah".

Photo by NEOM

4)Singkatan Perkataan

• Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan perkataan "singkatan" sebagai sesuatu yang disingkatkan, pendek dan ringkas.
• Oleh itu, singkatan perkataan boleh dimaksudkan sebagai suatu perkataan yang disingkatkan, dipendekkan serta diringkaskan.
• Contoh penggunaan bahasa singkat dalam media sosial adalah seperti ejaan perkataan tapi menjadi "tpi" dan perkataan makan menjadi "mkn".

Photo by Diego Jimenez

Faktor-faktor Kerancuan Bahasa

Pengaruh Bahasa Asing

  • Bahasa asing seperti bahasa Inggeris sering digabungkan oleh remaja dengan bahasa Melayu.
  • Remaja beranggapan bahawa bahasa yang digabungkan ini lebih moden dan senang difahami.
  • Ada sesetengah bahasa Melayu yang cuba dimelayukan untuk menambahkan kosa kata.
  • Contohnya, 'teknologi' yang diambil daripada perkataan Inggeris iaitu 'technology'

Pengaruh Bahasa Dialek/Daerah

  • Malaysia mempunyai pelbagai negeri dan daerah.
  • Bahasa yang digunakan oleh kita adalah berbeza mengikut dialek atau daerah tertentu.
  • Dialek di negeri Terengganu berbeza dengan dialek di negeri Kelantan.
  • Contohnya, 'ghumah' dalam bahasa Kelantan ialah 'rumah' dalam bahasa Terengganu.
  • Perbezaan bahasa ini mempengaruhi kefahaman orang lain terhadap apa yang cuba kita sampaikan.
Photo by NEOM

Pengaruh Media Massa

  • Media massa seperti televisyen,radio dan akhbar mempengaruhi penggunaan bahasa.
  • Penggunaan bahasa dalam filem-filem yang disiarkan di televisyen sedikit sebanyak menyebabkan pengguna terikut-ikut.
  • Antaranya yang terdapat dalam filem gangster iaitu "lu", "wa", "olang"
Photo by Austin Distel

Faktor Pengguna Bahasa

  • Setiap bahasa mempunyai sistem bahasa masing-masing.
  • Banyak pengguna bahasa yang tidak paham tentang sistem bahasa dan mereka menggunakan bahasa tanpa menitikberatkan kosa kata, frasa dan istilah yang betul.
  • Kesannya, bahasa yang mereka gunakan kurang tepat dan juga tidak sesuai digunakan.
Photo by Ali Al-Mufti

Pengaruh Bahasa Rojak

  • Dalam Malaysia,bahasa rojak ditakrifkan sebagai bahasa Melayu yang dicampuradukkan dengan bahasa lain iaitu bahasa Inggeris, bahasa Cina dan juga bahasa India.
  • Penggunaan bahasa rojak ini dianggap moden oleh generasi pada masa sekarang.
  • Contohnya, "you nak pegi mana?" , "baiklah, xie xie aunty". "hei macha, apa kabar ari ni?"
Photo by Larry Myhre

Kesan-kesan Kerancuan Bahasa

  • Mutu Bahasa Melayu baku lisan dan tulisan akan merosot
  • Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat
  • Bahasa Melayu yang mempunyai bahasa indah ini akan dipinggirkan oleh generasi Melayu
  • Masyarakat Melayu akan lebih mengagungkan bahasa asing dan berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara sendiri.

Langkah-langkah

Mengatasi Kerancuan Bahasa
Photo by Hayffield L

Mewujudkan dan meneruskan pendidikan bahasa yang baik.

Peranan: Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan iaitu guru-guru
Cara:
1.Kerajaan meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidik yang mengajar tatabahasa.
2. Melatih murid menggunakan silibus yang sesuai.
3.Menggunakan kreativiti seorang guru untuk menarik minat murid cinta akan bahasa.

Photo by Hindrik S

Memberikan bantuan

  • Pihak kerajaan memberikan bantuan teknologi dari segi Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta infrastruktur
  • Dimanfaatkan oleh guru-guru untuk melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) dan kokurikulum.
  • Contohnya, penggunaan tablet dan komputer riba.
  • Kepentingannya,proses pengajaran akan lebih efektif dan efisien.

Komunikasi anak dan ibu bapa

  • Ibu bapa perlu sentiasa memantau proses pembelajaran sekolah melalui penilaian latihan serta peperiksaan anak-anak mereka.
  • Ibu bapa meluangkan masa dengan melakukan aktiviti seronak bersama anak-anak untuk menunjukkan kasih sayang ibu bapa kepada anak.
  • Anak-anak kebanyakkan belajar daripada teknik mendengar serta melihat tindakan dan komunikasi ibu bapa dan orang disekelilingnya.
  • Ibu bapa juga menjadi contoh teladan kepada anak-anak untuk menjadi penutur yang baik dan sopan.

Pengawasan konten dalam aplikasi sosial media

  • Pengawasan konten dalam aplikasi sosial media haruslah diketatkan dengan mengidentifikasi dan menghapuskan konten yang menggunakan bahasa yang tidak benar dan merendahkan.
  • Masyarakat sentiasa membuka sosial media seperti Tiktok, Facebook dan Instagram dan menggunakan bahasa yang tidak tepat malahan menggunakan bahasa rojak yang merendahkan keaslian bahasa Melayu.
  • Konten seperti berikut haruslah dihapuskan atau ditapis oleh syarikat media sosial.
Photo by Brian Sawyer

RUMUSAN

Kerancuan bahasa yang digunakan mendatangkan kesan yang negatif daripada pelbagai aspek. Antaranya dari aspek penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan penutur dan masalah dari segi pencemaran bahasa Melayu itu sendiri. Perbincangan juga menunjukkan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa rancu dalam media sosial seperti sikap sambil lewa, pengaruh media sosial itu sendiri dan sebagainya. Pengguna media sosial perlu memainkan peranan masing-masing dalam menentukan penggunaan bahasa yang sewajarnya walaupun dalam konteks media sosial kerana bahasa yang baik dapat mencerminkan citra dan imej penulisnya. Walaubagaimanapun, tidak semua pengguna media sosial mengendahkan penggunaan bahasa yang betul dan tepat dalam medium tersebut.

SEKIAN TERIMA KASIH

Ilmu tanpa adab adalah sia-sia