Menurut Fischer (1996), slanga muncul pada abad ke-18 yang bermaksud “origin uncertain ” iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi, kata slanga berasal daripada perkataan “sling” yang dihubungkaitkan dengan “beggar language dan rogues language” iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan.
Bahasa slanga merupakan penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga adalah kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku dan kebiasaannya digunakan dalam percakapan yang tidak rasmi
Bahasa slanga adalah bahasa yang digunakan oleh kelompok tertentu. Penggunaan bahasa slanga ini menjejaskan struktur kosa kata standard bahasa Melayu
Bahasa slanga mestilah dibendung supaya tidak terus menjadi kebiasaan dalam percakapan seseorang supaya kesantunan dan kesopanan dalam bahasa dapat dijamin