1 of 12

Slide Notes

DownloadGo Live

Sajak Pada Sekuntum Mawar

No Description

PRESENTATION OUTLINE

SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR

Photo by Gabe Rebra

MAKSUD RANGKAP

  • Rangkap 1 Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.

MAKSUD RANGKAP

  • Rangkap 2 Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan berasa segala-galanya telah musnah. Dia berasa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga berasa segala-galanya telah musnah, dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaik keadaan tersebut.

MAKSUD RANGKAP

  • Rangkap 3 Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak membiarkan maruah mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini tetapi sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.

TEMA & PERSOALAN

  • Tema Anak gadis mestilah menjaga martabat atau maruah mereka sebagai gadis. Persoalan (a) Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar. (b) Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan hidupnya sudah tidak bermakna lagi.

Untitled Slide

  • (c) Kehilangan maruah seorang gadis merupakan satu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu. (d) Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.

BENTUK & CIRI SAJAK

  • (a) Terdiri daripada tiga rangkap. (b) Rangkap pertama mempunyai tiga baris, rangkap kedua mempunyai enam baris, dan rangkap ketiga mempunyai lima baris. (c) Bilangan katanya dua hingga enam patah kata sebaris. (d) Terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata sebaris. (e) Bentuknya bebas.

UNSUR KEINDAHAN BUNYI, GAYA BAHASA & NADA

  • (a) Metafora. Contohnya, lipatan usia; pintu kehidupan. (b) Imej alam. Contohnya, malam; angin; laut; ombak; mawar; lembah. (c) Simile. Contohnya, seperti telah menutup. (d) Sinkope. Contohnya, tak.

Untitled Slide

  • e) Asonansi. Contohnya, bukan melontar harum indahmu (perulangan vokal u) (f) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abb, rima akhir bagi rangkap kedua abcdee, dan rima akhir bagi rangkap ketiga abcbd. Nada Melankolik.

NILAI

  • (a) Hemah tinggi. (b) Kasih sayang. (c) Waspada. (d) Kesedaran. (e) Rasional. (f) Keimanan.

PENGAJARAN

  • (a) Kita hendaklah menjaga maruah diri dengan baik agar tidak tercemar. (b) Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.

Untitled Slide

  • (c) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial. (d) Kita mestilah mengukuhkan iman dalam diri supaya maruah diri akan terjaga.