• Kerancuan didefinisikan sebagai suatu keadaan yang rancu atau tidak teratur (Kamus Dewan Edisi Keempat). • Bahasa pula didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok masyarakat untuk melahirkan perasaan dan fikiran (Kamus Pelajar Edisi Kedua). • Oleh itu, Kerancuan bahasa dapat dimaksudkan dengan suatu keadaan di mana penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa seperti bahasa Melayu dicampur aduk dengan bahasa Inggeris atau bahasa lain.
• Bahasa rojak adalah bahasa yang bercampur aduk akibat gabungan dua kata dalam bahasa berbeza digabungkan oleh penuturnya. Misalnya perkataan Melayu digabungkan dengan perkataan Inggeris (Kamus Dewan Edisi Keempat). • Bahasa rojak sering digunakan dalam perbualan melalui aplikasi media sosial seperti WhatsApp bersama rakan-rakan kerana kebiasaan dan dianggap sesuatu yang boleh dibanggakan kerana menguasai lebih daripada satu bahasa sahaja. • Contohnya, penggunaan perkataan rojak ialah " awak perlu test dahulu komputer tersebut." Selain itu, " I nak pergi shopping".
• Penggunaan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu atau pertuturan orang Melayu kepada orang bukan Melayu yang tidak menguasainya. Dalam hal ini, terdapat percampuran antara bahasa ibunda penutur dan bahasa kedua yang cuba dilafazkannya ( Kamus Dewan Edisi Keempat). • Contohnya adalah seperti berikut, "Itu manyak besar punya rumah siapa punya?". Kata "manyak" merujuk kepada banyak.
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga didefinisikan sebagai kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku iaitu biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi. • Contohnya, perkataan "nilah" dan "tulah". Sepatutnya ialah "inilah" dan "itulah".
• Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan perkataan "singkatan" sebagai sesuatu yang disingkatkan, pendek dan ringkas. • Oleh itu, singkatan perkataan boleh dimaksudkan sebagai suatu perkataan yang disingkatkan, dipendekkan serta diringkaskan. • Contoh penggunaan bahasa singkat dalam media sosial adalah seperti ejaan perkataan tapi menjadi "tpi" dan perkataan makan menjadi "mkn".
Setiap bahasa mempunyai sistem bahasa masing-masing.
Banyak pengguna bahasa yang tidak paham tentang sistem bahasa dan mereka menggunakan bahasa tanpa menitikberatkan kosa kata, frasa dan istilah yang betul.
Kesannya, bahasa yang mereka gunakan kurang tepat dan juga tidak sesuai digunakan.
Dalam Malaysia,bahasa rojak ditakrifkan sebagai bahasa Melayu yang dicampuradukkan dengan bahasa lain iaitu bahasa Inggeris, bahasa Cina dan juga bahasa India.
Penggunaan bahasa rojak ini dianggap moden oleh generasi pada masa sekarang.
Contohnya, "you nak pegi mana?" , "baiklah, xie xie aunty". "hei macha, apa kabar ari ni?"
Mewujudkan dan meneruskan pendidikan bahasa yang baik.
Peranan: Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan iaitu guru-guru Cara: 1.Kerajaan meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidik yang mengajar tatabahasa. 2. Melatih murid menggunakan silibus yang sesuai. 3.Menggunakan kreativiti seorang guru untuk menarik minat murid cinta akan bahasa.
Pengawasan konten dalam aplikasi sosial media haruslah diketatkan dengan mengidentifikasi dan menghapuskan konten yang menggunakan bahasa yang tidak benar dan merendahkan.
Masyarakat sentiasa membuka sosial media seperti Tiktok, Facebook dan Instagram dan menggunakan bahasa yang tidak tepat malahan menggunakan bahasa rojak yang merendahkan keaslian bahasa Melayu.
Konten seperti berikut haruslah dihapuskan atau ditapis oleh syarikat media sosial.