1 of 24

Slide Notes

DownloadGo Live

Percampuran Kod

Published on Oct 05, 2023

No Description

PRESENTATION OUTLINE

PERCAMPURAN KOD

ISI KANDUNGAN

  • Maksud Percampuran Kod
  • Faktor Percampuran Kod
  • Kerangka Teori terhadap Percampuran Kod
  • Contoh Percampuran Kod
  • Percampuran Kod dan Frasa Melayu
  • Pengaplikasian Percampuran Kod
  • Kesimpulan

MAKSUD PERCAMPURAN KOD

  • Percampuran kod (code mixing), satu fenomena biasa dalam kalangan masyarakat yang boleh berbahasa lebih daripada satu.
  • Berlaku apabila seseorang bertutur dengan mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau mencampuradukkan antara satu dialek dengan dialek-dialek lain.

ISTILAH DALAM PERCAMPURAN KOD

  • Penukaran kod (code-switching)
  • Perubahan kod (code alternation)
  • Percampuran bahasa (language mixing)
  • Perpindahan kod (code-shifting)

PENDAPAT TOKOH

  • Bakamba (1988) (dipetik dari Jurnal Dewan Bahasa Mei 1995) menegaskan bahawa percampuran bahasa harus dipilih sebagai istilah yang sesuai untuk merujuk kepada alternasi dalam sesebuah kalimat. Perubahan kod dan percampuran kod adalah istilah umum dan tidak merujuk kepada mana-mana jenis penukaran kod yang khusus.

FAKTOR PERCAMPURAN KOD

  • Kahwin Campur
  • Pendidikan

KERANGKA TEORI TERHADAP PERCAMPURAN KOD

  • Fungsi Sikap
  • Fungsi Identifikasi Laras Bahasa
  • Fungsi Ekspresif
  • Fungsi Arahan
  • Fungsi Perulangan

KERANGKA TEORI TERHADAP PERCAMPURAN KOD

  • Fungsi Sosiolasi
  • Fungsi Rujukan
  • Fungsi Instrumental
  • Pendedahan bahasa Asing

CONTOH PERCAMPURAN KOD - Dialek Terengganu

  • Penggantian huruf konsonan [m], [n], ke [ng] seperti perkataan awan kepada {awang}
  • Penghilangan konsonan seperti perkataan sampai kepada {sapa}
  • Konsonan [s], [f] di akhir diganti dengan [h] seperti perkataan kemas kepada {kemah}

CONTOH PERCAMPURAN KOD - Dialek Terengganu

  • Perbezaan makna. Contohnya perkataan teksi dalam bahasa Melayu baku ialah kereta sewa, dalam dialek Terengganu ialah beca.

CONTOH PERCAMPURAN KOD DALAM PERBUALAN
A: What do you think about women working?
B: Oh! About the recent controversy? I tak bersetujulah kalau women stay at home.
C: You bersetuju ke dengan pendapat the hand that rocks the cradle rules the world?
A: Yeah, tetapi bukan semua wanita bernasib baik. Not all women are married to good providers. Lagi pula, we want to give the best to our children.
B: I bersetuju! Kalau cerai siapa nak tanggung anak?
C: Betul, betul! I would like to have my own money to help keluarga!
A: You bersetuju dengan pendapat kalau women work, banyak masalah sosial yang akan timbul.

KESINAMBUNGAN

  • Percampuran kod di Malaysia telah menjadi kebiasaan dalam perbualan harian masyarakat pada masa ini. Hal ini kerana hampir semua rakyat Malaysia boleh bercakap lebih daripada satu bahasa. Sebagai contoh, orang-orang Melayu yang bertutur mengikut dialeknya boleh bercakap dan faham bahasa Melayu baku. Masyarakat Cina pula ada yang menguasai empat bahasa, iaitu bahasa ibunda mereka, misalnya bahasa Kantonis dan Mandarin yang diajarkan di sekolah-sekolah Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi bahasa yang mesti dipelajari di sekolah-sekolah kerajaan. Mereka yang tinggal di sempadan Malaysia- Thai pula dapat memahami bahasa Thai.

CONTOH PERCAMPURAN KOD DALAM MASYARAKAT
Antara tempat-tempat di mana percampuran kod digunakan ialah dalam seminar-seminar ataupun semasa mesyuarat penting di jabatan kerajaan. Dalam mesyuarat antarabangsa yang mengandungi delegasi daripada negara lain, percampuran bahasa Melayu dan Inggeris memang sering berlaku.

CONTOH DIALOG DALAM MESYUARAT
Penutur A: Tuan Pengerusi, saya pada dasarnya menyokong pendapat tuan tetapi we must be careful not to hurt the feeling of the public.

Penutur B: Yes, yes, I agree with you. Bagaimana pendapat orang lain?

CONTOH PERCAMPURAN KOD DALAM MAJLIS
Percampuran kod ini berlaku sama ada dalam majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi. Ini terutamanya ketika upacara pembukaan dan di majlis-majlis penutupan. Dalam majlis-majlis ini, bahasa Melayu digunakan pada awal dan akhir upacara sementara pada waktu lain bahasa Inggeris digunakan. Sebagai contoh ucapan dalam majlis-majlis rasmi.

CONTOH DIALOG DALAM MAJLIS

a) Pada permulaan majlis
Pengerusi majlis: Selamat petang and welcome to our 4th annual meeting. We are very pleased to see so many guests turn up for todays conference.


b) Pada akhir majlis

Pengerusi majlis: Setelah berkumpul selama 3 hari dan dapat mengadakan perbincangan tentang kaedah hidroponik ke alaf baru, we were very please to say how fortunate we are to have all of you as our guest of honour and hope to see you next time for more information on various ways of cultivation vegetables and plants.

PERCAMPURAN KOD DAN FRASA MELAYU

Dialek-dialek tempatan juga memainkan peranan ketika berlakunya perbualan antara pengguna dialek yang sama, walaupun kadangkala Bahasa Melayu baku digunakan juga. Contoh dialek Perak dengan bahasa baku. Kedua-dua penutur boleh menggunakan dialek yang sama.

CONTOH


Penutur A: Aku tak gemor betul dengan perangai Si Abu tu. Dah le maleh, paneh baran pulak tu. Habih semua orang dikatanya. Macam le dia tu rajin sangat.

Penutur B: Aku dah kata dah, Si Abu ni bukan boleh diajak berunding. Buat sakit hati aje. Berbulu aku tengok mukenye.

Dalam dialog tersebut ada beberapa frasa digunakan. Contohnya “paneh baran”, “sakitkan hati”, dan “berbulu aku tengok mukanya”. Frasa-frasa yang digunakan ini dapat difahami oleh mereka yang banyak berhubung dengan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia dan frasa ini selalu dipakai dalam perbualan harian.

PENGAPLIKASIAN PERCAMPURAN KOD DALAM MASYARAKAT


Percampuran kod ini juga berlaku kepada kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang mempunyai latar belakang bahasa yang berlainan. Kanak-kanak ini telah didedahkan kepada campuran bahasa hinggakan setiap perbualannya menampakkan percampuran kod ini. Contoh perbualan antara kanak-kanak ini dengan mereka yang tahu tentang latar belakang keluarga tersebut.

CONTOH

Penutur A: Where’s daddy, Ady?

Penutur B (kanak-kanak): Dady work.
Penutur A: Let’s go mandi
Penutur B (kanak-kanak): Nanak mandi, cold

KESIMPULAN

-Fenomena biasa bagi semua masyarakat di dunia.
-Boleh berbahasa lebih daripada satu dialek atau bahasa.
-Menambah-mesra perhubungan antara satu sama lain.

Sejak kebelakangan ini pula ahli-ahli linguistik semakin sedar akan wujudnya kesejagatan bahasa-bahasa. Ini dapat dilihat apabila dua penutur yang berlainan bahasa menggunakan satu bahasa standard yang dapat memudahkan maklumat yang ingin disampaikan akan difahami. Oleh itu, tidak mustahil pada masa akan datang setiap penutur dapat memahami bahasa penutur lain jika ia dicampuradukkan dengan bahasa standard di sesuatu tempat. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentu semua penutur mengetahui makna hampir setiap ujaran dan bahasa menjadi satu yang sejagat sifatnya.

TERIMA KASIH