1 of 15

Slide Notes

DownloadGo Live

Sejarah T4 Subtopik 3.5

No Description

PRESENTATION OUTLINE

KEDATANGAN JEPUN KE MALAYSIA

Photo by JAY ZHANG

Inti Pati Pembelajaran

  • Faktor kemasukan Jepun ke Malaysia
  • Kronologi penaklukan Jepun terhadap Malaysia
  • Semangat patriotisme Jepun yang membawa kemenangan dan pendudukan Jepun di Malaysia
Photo by wdroops

Overview
- Kedatangan Jepun ke negara kita bertujuan memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan strategik ketenteraan akibat sekatan ekonomi yang dikenakan oleh pihak Bersekutu terhadap
Jepun. Dalam usaha menjayakan misi ini, Jepun menggunakan propaganda seperti penggunaan
slogan “Semangat Asia” dan “Asia untuk Orang Asia”. Propaganda Jepun menanamkan semangat antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia.

Faktor i

Eksploitasi Sumber Bahan Mentah

Semenanjung Malaysia

  • Keperluan perindustrian ekoran Pembaharuan Meiji dan operasi ketenteraan Jepun.
  • Tanah Melayu pengeluar utama bijih timah dan getah di dunia
  • Emas, bauksit, bijih besi dan arang batu

SARAWAK

  • Sumber minyak mentah, ‘crude oil’, terutama di Miri dan Lutong.
  • Bahan api untuk kegunaan ketenteraan dan perindustrian

faktor ii

Kepentingan Strategik Ketenteraan

Strategik ketenteraan

  • Penguasaan terhadap pangkalan laut di Singapura memudahkan pembukaan telaga minyak di Sumatera
  • Pulau Borneo menjadi kubu petahanan dalam usaha penaklukan Pulau Jawa

SERANGAN JEPUN

terhadap malaysia
Photo by » GUM «

Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula dengan pendaratan serentak tentera Jepun di Pantai
Kuala Pak Amat, Pantai Sabak, Kota Bharu dan Thailand (Singgora dan Patani) pada 8 Disember 1941.
Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun apabila Singapura berjaya ditawan pada
15 Februari 1942.

KEMASUKAN JEPUN di semenanjung malaysia

  • Jepun memasuki negara kita dari semua arah dengan strategi serangan kilat untuk memecahkan pasukan Melayu
  • Tentera Jepun yang mendarat di Thailand memasuki Kedah, berpecah kepada 2 pasukan untuk mara ke selatan
  • Sepasukan ke P. Pinang manakala sepasukan lagi mara ke bandar-bandar utama pantai barat
  • Kapal Repulse dan Prince of Wales digerakkan untuk menyekat kemaraan Jepun dari Kota Bharu tetapi ditenggelamkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan

KEMASUKAN JEPUN DI SABAH DAN SARAWAK

  • Serangan tentera Jepun ke atas Sabah dan Sarawak bermula dengan pendaratan di Miri
  • Sepasukan tentera Jepun mara menduduki Kuching dan Sibu
  • Sepasukan lagi tentera Jepun mara ke Sabah melalui Labuan dan menduduki bandar utama di Sabah
  • Pendudukan Jepun di Sandakan melengkapkan kempen serangan tentera Jepun di Sabah
Photo by dronepicr

Penaklukan Jepun terhadap Malaysia mengambil masa selama 1 tahun setelah Singapura ditawan Jepun pada 15 Februari 1942.

Persoalannya, apakah ciri-ciri yang dimiliki tentera Jepun untuk berjaya menakluk negara kita?

Apakah nilai-nilai dan pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa demikian?

Sekian,

Perbentangan oleh Danish Ajmal
Photo by mkjr_