Dipercayai berasal dari Afrika/Arab. Dari timur tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Di Asia Tenggara, congkak berkembang di Melaka, memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama congkak dipercayai berasal dari perkataan 'congak' yang bermaksud pengiraan mental. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papanyang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.
Perkataan wau dikatakan berasal daripada perkataan kerajaan Melayu Pattani(Thailand), memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Menerusi catatan Tun Seri Lanang, 'Raja Ahmad bermain layang-layang/wau bersama pemuda-pemuda dan kerabat diraja.'